Latar Maut Hitam di England

Pertempuran Crécy menetapkan England sebagai kuasa tentera.

England pada 1348

Ianya adalah mustahil bagi menetapkan secara tepat bilangan penduduk di England ketika tercetusnya Maut Hitam, dan anggaran berbeza antara 3 hingga 7 juta.[1] Bilangan tersebut kemungkinannya di sebelah tinggi, dan anggaran sekitar 6 juta penduduk adalah lebih mungkin.[2] Krisis demografik sebelumnya – terutamanya Kebuluran Besar 1315–1317 – telah mengakibatkan jumlah kematian yang besar, tetapi tiada bukti kemerosotan besar bagi bilangan penduduk sebelum 1348.[3] England masih merupakan masyarakat yang sebahagian besarnya masyarakat desa dan petani; hampir 90% penduduk tinggal di kawasan desa.[4] Satu dari bandar besar, London merupakan kelasnya tersendiri, dengan kemungkinannya seramai 70,000 penduduk.[5] Jauh kebawah skala adalah Norwich, dengan sekitar 12,000 orang, dan York dengan sekitar 10,000.[4] Eksport utama, dan sumber kekayaan negara adalah bulu biri-biri. Sehingga pertengahan abad eksport terdiri kebanyakannya adalah bulu kambing biri-biri mentah kepada pembuat kain di Flanders. Bagaimanapun, perlahan-lahan teknologi membuat kain yang digunakan di Benua besar diambil oleh pengilang Inggeris, dan sekitar pertengahan abad, mereka mula mengeksport kain yang akan meledak pada abad berikutnya.[6]

Secara politik, kerajaan Inggeris berubah menjadi kuasa Europah, melalui usaha giat dan bertenaga raja Edward III.[7] Pada 1346, pihak Inggeris telah memenangi pertempuran mutlak mengatasi Scotland dalam Pertempuran Neville's Cross.[8] Sungguhpun ia tidak begitu, ia kelihatannya pada masa itubahawa Edward III akan mencapai cita-cita datuk Edward I bagi memasukkan Scotland di bawah pertuanan "suzerainty" mahkota Inggeris.[9] Juga di tanah besar pihak Inggeris sedang mengalami kejayaan ketenteraan. Kurang dari dua bulan sebelum Neville's Cross bilangan tentera Inggeris yang jauh lebih kecil, dipimpin rajanya sendiri, memenangi kemenangan besar mengatasi pasukan DiRaja Perancis dalam Pertempuran Crécy.[10] Kemenangan itu segera diikuti oleh pengepungan Edward terhadap bandar pelabuhan Calais. Apabila bandar tersebut jatuh tahun berikutnya, ini memberikan Inggeris tapak enklaf yang penting secara strategik yang akan kekal di tangan mereka bagi dua dekad berikutnya.[11]

Maut Hitam

Rencana utama: Maut Hitam
The migration of the Black Death across Europe.

Istilah "Maut Hitam" – yang merujuk kepada wabak pertama dan paling teruk bagi Pandemik Kedua – tidak digunakan oleh pencatat semasa, yang cenderung kepada nama "Pestilens Besar ("Great Pestilence")" atau "Kematian Besar".[12] Hanya pada abad ke tujuhbelas istilah yang kita gelar wabak itu menjadi biasa, kemungkinannya kemungkinannya diambil dari bahasa Scandinavian.[13] Ia pada umumnya dipersetujui hari ini bahawa penyakit tersebut merupakan wabak yang disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis.[14] Bakteria ini dibawa oleh kutu, yang dipindahkan pada manusia melalui hubungan dengan tikus. Gigitan kutu membawa penyakit ini ke sistem limfa, melaluinya ia memasuki nodus limfa. Di sini bakteria membiak dan membentuk bengkak yang dikenali sebagai "buboes", darimana istilah wabak bubonik di ambil.[15] Selepas tiga atau empat hari bakteria memasuki saluran darah, menjangkiti organ seperti limpa dan pari-paru. Pesakit biasanya akan menemui maut selepas beberapa hari.[16] Jaluran lain penyakit ini adalah wabak pneumonia, di mana bakteria menjadi bawaan udara dan memasuki secara langsung ke dalam paru-paru mangsa. Jaluran jenis ini adalah lebih merbahaya, kerana ia merebak secara langsung dari pesakit kepada yang lain. Jangkitan jenis ini kemungkinannya memainkan peranan besar dalam Maut Hitam, sementara jaluran ketiga adalah lebih jarang. Ini merupakan wabak Sepsis, di mana gigitan kutu membawa bakteria langsung kealiran darah, dan kematian berlaku dengan pantas.[17]

Sungguhpun kebanyakan pihak berkuasa bersetuju bahawa Maut Hitam disebabkan oleh Yersinia pestis, terdapat beberapa pilihan lain dikemukakan. Graham Twigg, dalam The Black Death: A Biological Reappraisal (1984), mencadangkan antraks sebagai punca wabak.[18] Theori ini sebahagiannya disokong oleh Norman Cantor pada akhir 2002. Dalam bukunya In the Wake of the Plague: The Black Death and the World it Made, dia membentangkan bukti bahawa wabak antraks dan anthrax and bubonik sama-sama wujud pada abad keempat belas di Eropah.[19] Kajian tahun 2004 oleh Susan Scott dan Christopher Duncan membuat theori bahawa virus filo ("Filoviridae"), serupa dengan virus Ebola, yang mungkin punca penyakit.[20]

Maut Hitam kemungkinannya berasal di Asia Tengah, di mana penyakit itu adalah asal endemik pada populasi tikus. Ia tidak diketahui punca sebenar yang mencetus wabak itu, tetapi kemungkinannya siri bencana alam semulajadi membawa manusia bertembung dengan tikus yang dijangkiti.[21] Wabak itu sampai ke Constantinople pada akhir musim bunga 1347, melalui pedanagn Genoa yang berdagang di Laut Hitam.[22] Dari sini ia sampai ke Sicily pada Oktober tahun yang sama, dan menjelang awal tahun 1348 ia telah merebak keseluruh tanah besar Itali.[23] Ia merebak dengan pantas seluruh Perancis, dan sampai sejauh ke utara sehingga ke Paris pada Jun 1348. Bergerak serentak ke arah barat, ia sampai ke provins Inggeris Gascony sekitar masa yang sama.[24]